nuff

Kalendar Saya Punya

Sunday, January 30, 2011

Keputusan

hari ni cancel satu subjek
sebab rasanya tak boleh 'bawa' sem ni

Saturday, January 29, 2011

Buku Software Engineering edisi9 sommerville

buku yang sedang aku cari sekarang ni 
berikutan tak dapat membeli ia dari tgn lecturer
 sebab tak bawa duit mencukupi hari tuh

 buku ni penting
sebab lec ambil semua soalan latihan dari sini
nak tak nak memang aku kena ada juga
walau macam mana pon
.
pergi ke MPH tadi
hanya ada edisi ke 7 sahaja
nak beli dari ebay harganya mencecah RM150
fuhhh..
ada idea selain fotostate?

Thursday, January 27, 2011

calculator casio570s

ada sesiapa yang reti pandai guna kalkulator
untuk kira persamaa linear dalam math komputer
boleh laa ajar saya cara guna..

Wednesday, January 26, 2011

soalan math

2x + 5x + 8x = 2
x  + 2x + 3x = 4
3x + 4x + 4x = 1

1(a) selesaikan persamaan linear tersebut dengan menggunakan kaedah 
  1. Penghapusan Gauss
  2. Penghapusan Gauss-Jordan
  3. cara Doolittle
  4. cara Crout
ada berani? 

Sunday, January 23, 2011

di akhir waktu

hari ni datang awal ke UTM
pukul 6.45 pagi aku dah tercongok di kawasan kelas
tujuan aku hanya satu
iaitu mencari meja untuk membuat Math Komputan
yang tak siap siap lagi
bukan sebab malas nak buat
tapi disebabkan soalannya baru jek dapat dari member semalam
maka wajiblah aku membuatnya secepat yang mungkin
sebab due date/time dia pagi ni pukul 8.30pagi
sambil perkena nasik lemak ayam dengan teh tarik
aku sempat memperabiskan 6/10 assignment tersebut
4/10 lagi tak terbuat disebabkan masalah tak faham
seterusnya jumpa member dalam kelas untuk siapkan
maka dapatlah hantar assignment tersebut pada waktu yang ditentukan

assignment bermula

Sabtu 21Jan201i
rupanya lec dah bagi assignment dalam homepage dia,
ramai yang tak perasan berkenaan hal tersebut
ada 1 assingment yang perlu di present kat depan
lec bagi masa 1 jam untuk siapkan dan presentation kat depan utk 10minit
dalam masa kalut tuh hanya sedikit dapat disiapkan

dalam masa group ke2 bagi presentation
lec hentikan dan meminta menghantar slide terbabit padanya melalui email sebelum 12tghhari esok
maka ramailah yang membuat kerja tersebut hingga 8 malam
sehinggakan dari bilik kuliah hingga ke library

sekarang ada 2 lagi assingment blom siap
1 untuk report by group
1 untuk individual

Thursday, January 20, 2011

Yayasan TM: Biasiswa kecil telah dibuka

Biasiswa Kecil

TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TMYayasan TM mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM.
Syarat dan kelayakan
  • Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A (4A bagi anak anggota TM) bagi keputusan peperiksaan UPSR.
  • Calon di Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A (5A bagi anak anggota TM) bagi keputusan PMR.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500 sebulan bagi orang awam manakala bagi anak anggota Kumpulan TM tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Pakej Biasiswa
Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut:
  • Elaun saku RM1,000 setahun (bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).
  • Elaun saku RM1,500 setahun (bagi petajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).
Pelajar-pelajar yang ditaja juga berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.
Tatacara Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan TM
  • Setelah permohonan dibuat secara online, sila kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
    1. Sijil kelahiran / kad pengenalan
    2. Keputusan UPSR atau PMR
    3. Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga
    4. Kad anggota (bagi anak anggota TM).
    5. Surat cerai / mati jika berkaitan.

      Kepada :
      Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil,
      Yayasan TM,
      Aras 14 Selatan,
      Jalan Pantai Baharu,
      50672 Kuala Lumpur.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
  • Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dimaklumkan di akhbar-akhbar terpilih dan di laman web Yayasan TM
  • Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
  • keterangan lanjut klik disini
  • TARIKH TUTUP 18 FEBRUARI 2011

Sunday, January 16, 2011

Human Computer Interaction (HCI)

kelas HCi
Lec : Dr Mohd Shahrizal Sunar
lokasi: Tkt 11 BK3, Yayasan selangor
Tajuk : Imiginasikan apakah alat atau gajet yang akan kamu/group cipta untuk kegunaan manusia.
rujukan pelajaran hari ini, klik disini
untuk rujukan lain, klik disini


contoh:






nanti aku masukkan entry berkenaan dengan
apa aku dan group aku punya proposal

Minggu ke 2 , hari ke 2

semalam takde kelas
hari ni ada satu kelas aje
tapi disebabkan tak khatam lagi baca jadual
maka
hari ni datang lewat lagi ke kelas
dah la salah lokasi
sepatutnya kat Yayasan Selangor, kg Baru
tapi mencari kat bangunan UTM
sib baik jumpe sorang member yang baru kenal masa keluar kereta tadi - nik zubairi
terus ke kampung baru
cari parking pulak satu hal
main park kereta kat Bus Stop tepi jalan jek
kalau ada polis trafik memang kena saman la
tapi apa nak buat
tawakkal ilaLLAH jek

terus naik ke tingkat 11
mencari cari kelas mana yang patut masuk
sib baik jumpe Samad & zakaria
yang sama jugak 1st sem
main masuk jek kelas diorang
jumpa ngan Lecturer
tulis kedatangan
dan meneruskan kelas
Computer Human Interaction