nuff

Kalendar Saya Punya

Monday, February 27, 2012

Sem III 2011/2012

25 & 26hb sem baru telah dibuka
subjek sem ni aku amik
Networking & computer graphic
harap harap OK!

Saturday, February 25, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Pesta Buku



Pesta buku akan diadakan di UTM
baucer buku dah abis guna dah
tapi kalau setakat nak melihat lihat boleh arr

Thursday, February 9, 2012

Cara Mudah Menghafal ABC utk kanak kanak masa kini


hahahaha

Berita : Juruanalisa, kerani Tabung Haji didakwa terima rasuah



 

2012/02/09

KUALA LUMPUR: Juruanalisa dan kerani Tabung Haji dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan membabitkan kesalahan membuat pengubahsuaian kandungan pangkalan data Sistem Haji dan menerima rasuah bagi membolehkan 27 jemaah yang tidak layak menunaikan haji pada 2010 dapat pergi pada tahun berkenaan.

Juruanalisa sistem, Afizul Md Yasin, 34, dituduh atas tiga tuduhan berasingan membuat pengubahsuaian itu di jabatan teknologi maklumat bangunan ibu pejabat tabung haji, antara Jun dan Julai 2010.
Bagi setiap tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya.
Turut menghadapi pertuduhan ialah kerani Tabung haji, Roslan Mohamed Som.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah atas tuduhan dan dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Punca maklumat  klik disini

**Kemahiran digunakan ke tempat yang salah!

Wednesday, February 8, 2012

Aplikasi melupakan kekasih di Internet

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Anda percaya anda temui cinta sejati di Internet, malangnya, kini si dia memutuskan hubungan dengan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mengetepikan anda daripada kenalan Facebooknya tanpa sebarang alasan.
Namun, menonton televisyen tidak dapat membantu anda manakala rakan-rakan pula tidak tahan lagi mendengar rintihan sedih anda.
Sebaiknya, anda lupakan sahaja cara lama untuk membantu mengubati jiwa luka anda pada Hari Kekasih yang bakal menjelang.
Anda boleh menggunakan aplikasi 'perpisahan digital' bagi melupakan kekasih dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara 'memalukan' yang anda mungkin kesal pada kemudian hari.
Terdapat satu aplikasi perpisahan digital berkenaan daripada 12 muat turun baharu dari kedai online Apple baru-baru ini.
Seorang wanita, Melissa McGlon berjaya melupakan kekasih yang dikenalinya selama tiga tahun dengan bantuan aplikasi itu, Ex-App.
Berusia 46 tahun dan berasal dari negeri Virginia, McGlon ditinggalkan selepas dia menerima SMS daripada kekasihnya yang menyatakan hubungan mereka sudah putus baru-baru ini.
Mereka berkenalan selepas 18 tahun wanita itu menjadi ibu tunggal kerana diceraikan suaminya.
Selepas lama berduka dan tiga kali memalukan diri dengan cuba menghubungi kekasihnya, dia mula menggunakan Ex-App yang bertindak menyekat panggilan ke nombor telefon lelaki berkenaan.
"Kini saya tidak lagi memalukan diri dengan cuba menghubunginya," kata McGlone.
Ex-App yang boleh didapatkan secara percuma, dilancarkan pada Mac tahun lalu dengan ia mencatat 3,000 muat turun dalam tempoh sembilan bulan pertama. - AP - klik disini utk punca berita
ada ker aplikasi camnih: mari kita check

Tuesday, January 31, 2012

Amat Kecewa


dengan result Simulasi yang dah keluar
....
takper kata kat hati
jatuh sekali tak bermakna terus terduduk
..
cuba lagi 
(.__.)

Monday, January 30, 2012

Sunday, January 29, 2012

Promo utk BB1M lagik






kali ni dari kedai buku Borders la pulak...
siap bagi members card ngan minuman Starbuck lagikk

jom jom jom






Wednesday, January 25, 2012

Exam Results

Result Exam ada yang dah keluar


check kt dalam SMP
result OOP dah dapat
alhamduliLLAH
..
skrang ada 2 result lagi
harap harap OKEH
...
..
.

Baucer Buku RM200 di MPH


untuk maklumat lanjut 
sila layar

Tuesday, January 17, 2012

Baucer RM200


..
semalam dah pergi ambil Baucer buku RM200
di Opis baru UTMspace jalan Tun Abd Razak / Jln Ampang
kebetulan pulak semalam hari pertama
pemberian baucer ramai sungguh la orang-orang
siap ada yang bermasam masam muka sebab potong Q tuh
hahaha
..

Monday, January 9, 2012