Biasiswa Kecil
TAWARAN BIASISWA KECIL YAYASAN TMYayasan TM mempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan kelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan TM.
Syarat dan kelayakan
- Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
- Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A (4A bagi anak anggota TM) bagi keputusan peperiksaan UPSR.
- Calon di Tingkatan 4 mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 6A (5A bagi anak anggota TM) bagi keputusan PMR.
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
- Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM1,500 sebulan bagi orang awam manakala bagi anak anggota Kumpulan TM tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Pakej Biasiswa
Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut:
- Elaun saku RM1,000 setahun (bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3).
- Elaun saku RM1,500 setahun (bagi petajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5).
Pelajar-pelajar yang ditaja juga berpeluang mengikuti program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.
Tatacara Memohon
- Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web Yayasan TM
- Setelah permohonan dibuat secara online, sila kemukakan salinan dokumen-dokumen berikut:
- Sijil kelahiran / kad pengenalan
- Keputusan UPSR atau PMR
- Slip gaji / pengesahan pendapatan ibu dan bapa / penjaga
- Kad anggota (bagi anak anggota TM).
- Surat cerai / mati jika berkaitan.
Kepada :
Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil,
Yayasan TM,
Aras 14 Selatan,
Jalan Pantai Baharu,
50672 Kuala Lumpur.
- Permohonan yang tidak lengkap atau tidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.
- Tarikh permohonan dibuka dan ditutup akan dimaklumkan di akhbar-akhbar terpilih dan di laman web Yayasan TM
- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan secara bertulis. Bagi permohonan yang tiada jawapan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.
- keterangan lanjut klik disini
- TARIKH TUTUP 18 FEBRUARI 2011
No comments:
Post a Comment